Tingkah laku dan ekologi Tukang Sri Lanka (burung)

Ia sering bertempat di hutan terbuka, semak belukar, dan ladang tanaman. Ia terbang selepas matahari terbenam dengan penerbangan berkibar yang mudah dan senyap, kelihatan sedikit seperti rama-rama bersaiz besar sekali pandang. Pada siang hari, ia duduk senyap di atas tanah, tersembunyi oleh buluannya, menjadikannya sukar dikesan kerana tersamar dengan tanah.[2]

Serangga nokturnal seperti rama-rama ialah makanannya. Berbeza dengan tukang India (C. asiaticus), spesies tersebut jarang tinggal di jalan raya pada waktu malam, lebih gemar turun ke semak. Ini menjadikannya lebih sukar untuk dikesan, kerana ia tidak begitu mudah dilihat pada lampu kenderaan.[2] Ia bagaimanapun bertengger di atas tanah meskipun berbunyi dari pokok.[11]

Musim pembiakannya ialah Mac hingga Julai di India dan Februari hingga Mei di Sri Lanka. Tiada sarang dibuat; dua biji telur bercorak marmar ditelurkan ke atas tanah kosong. Pengeram aka menutupinya rapat dengan buluan penyamarannya sebagai perlindungan.[2] Anaknya boleh merangkak keluar dari sarang sejurus selepas menetas dan bersembunyi di antara daun apabila bimbang. [8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Tukang Sri Lanka (burung) http://repository.si.edu/bitstream/handle/10088/14... http://www.repository.naturalis.nl/document/43935 //doi.org/10.5479%2Fsi.00963801.48-2088.587 http://www.orientalbirdclub.org/publications/forkt... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://animaldiversity.org/accounts/Caprimulgus_a... https://archive.org/stream/bulletinofbritis65tayl#... https://archive.org/stream/illustrationsofi00jerd#... https://web.archive.org/web/20081011022634/http://... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=...